December 15, 2011 - Posted by addenda2 - 0 Comments
janji,
jangan lah suka2 hati nk berjanji, kalau kita boleh mengagak yang kita sukar untuk penuhi.
banyak kesannya.
1. mengecewakan pihak yg kita janjikan
2. x langsung kecewakan diri kita gak
3. munafik.
teruk kan???
ikutkan hati marah pada org yg berjanji ni mau je aku bising2, tapi….apa guna bising jika ia bukan boleh membaikkan kadaan, malahan menambahkan beban x baik aku di akhirat kelak. MasyaAllah!
so, jgn lah kita senang2 berjanji yea…sakit kesannya.
November 10, 2011 - Posted by addenda2 - 0 Comments
Salam Aidiladha…
Alhamdulillah, dapat menyambut lagi aidiladha pada tahun ini 2011. Balik ke kampung Tganung untuk menyambutnya bersama family in law, x kisah…my family gok.. hheehe
Menarik Aidiladha tahun ini, ada pengalaman baru yg insyaAllah tak kan dapat dilupakan.
Sedikit perkongsian, tahun inilah aku dapat solat sunat aidiladha buat pertama kalinya….dan, tanpa disangka dalam rakaat kedua tu semasa ingin bertakbir teringat merekaa yg ada di tanah suci Mekah sana…dan2 teringin banget merasa berada di sana. Maha suci Allah, diizinkan…..aku betul2 terasa bersolat di hadapan KAABAH!…sayunya hati tak usah dicakap…Allah je yg tahu. Sampailah habis memberi salam….baru lah lama kelamaan bayangan kaabah tu hilang dari hadapan aku. MaasyaAllahhhh! Alhamdulillah!!… Tak sangka aku akan mendapat nikmat sedemikian pada Aidiladha kali ni… teringat2 sampai le nii…
Aidiladha kali ini juga family in law buat aqiqah…tak jadi kurban. Alhamdulillahh, satu seruan dan sunnah nabi SAW telah dilaksanakan. Eh kenapa Aqiqah? kenapa bukan qurban?
Tak apa, since dia orang semua belum pernah aqiqah semasa kecil dahulu, tak salah membuatnya walau ketika dah besar ni. Pernah mendengar satu syarahan dan soal jawab mengenai aqiqah ni, bilasemasa kita kecil dahulu kita tak pernah di aqiqahkan oleh ibu bapa bolehkah kita mengaqiqahkan diri kita bila besar ni?? jawapan yg aku dengar..BOLEH.
Kita sedia maklum, tidak semua orang ni MAMPU suatu ketika dahulu, dan tidak semua orang juga MAKLUM mengenai hukum hakam agama islam ni terutama apa yg patut dilakukan bila menghadapi sesuatu kelahiran. Maka, bila kita ni sendiri dah dewasa, dah berkemampuan, dan maklum ttg diri kita yang belum pernah di aqiqahkan maka boleh jika kita ingin mengaqiqahkan diri kita sendiri. Ianya bukannya jatuh WAJIB, namun boleh jika kita ingin membuatnya. Kerana Aqiqah sepatutnya dibuat kepada anak yg baru lahir sehingga ia belum aqil baligh. Tapi jika dulu kita tak maklum…buatlah sekarang. Yang penting, niat kita juga adalah ingin bersedekah…
Owh, selain tu….pengalaman balik kampung dis time amat seronok, kerana personally aku sendiri berjaya menjadi diri aku yg baru..Alhamdulillah. Memula je agak kekok berpenampilan seperti tu, lelama OK, selesa. Alhamdulillah ya Allah!… Selain tu, tentulah AQHIL ISKANDAR yang semakin seronok mengenal keluarga belah sana yg jarang jumpa, dan yg dia makin pandai membawa diri…mandi laut belakang umah pun dah pandai….hari2 lagi di tagih ajak mandi laut. hehehe
Alhamdulillah… bersyukur aku padamu ya Allah, kerna mengurniakan memberikan aku sedikit kenikmatan dunia ni untuk aku rasai. Berilah peluang aku melalui lagi Aidiladha pada tahun akan-akan datang..sehingga aku sendiri ingin benar2 berada di tanah haramMU menyambut aidiladha kelak. Perkenankanlah Ya Allah..dan bantulah aku sempurnakannya…
Aminnn… Ya Rabbul A’laminnn………
November 4, 2011 - Posted by addenda2 - 0 Comments
Ya Allah,
Sesungguhnya aku manusia yang lemah akal dan fikiran, hati dan perasaan, seringkali tersilap di dalam pertimbangan. Namun ku pohon padamu ya Allah, kuatkanlah hatiku, tingkatkan lah imanku, mudahkan lah jalan ku, bantulah aku ya Allah untuk meraih nikmat iman agar aku menjadi hambamu yang soleh dan teguh pendirian di dalam iman..
Ya allah,
Jadikanlah aku seorang yang pemaaf, agar dapat aku menukar rasa kebimbangan, dan kemarahan serta kebencian ini menjadi perasaan kasih sayang. Sesungguhnya hanya kepadamua aku meminta dan kepadaku jua aku berharap.
Maha suci mu ya Allah…
October 31, 2011 - Posted by addenda2 - 0 Comments
Terkesan sedikit di hati……..
TIDAK BOLEH KAH KITA BERHENTI MENGELUARKAN TELUNJUK KEPADA ORANG LAIN JIKA KITA INGIN MELAKUKAN SEDIKIT PEKERJAAN YANG BARU???
Diam2 lah. walau siapa benar siapa salah siapa bagus siapa kurang siapa besar siapa kecil etc. kerana kita adalah SAMA. Manusia yang tidak lari dari melakukan kesalahan…sebaik2nya, buatlah sesuatu kerana kehendak kita, tanpa perlu memburukkan orang lain….
October 31, 2011 - Posted by addenda2 - 0 Comments
latest book ‘Tip-tip cemerlang daripada Quran’.
suggested from myboss.
Benar dikata, kita manusia, kebanyakannya bila didatangkan sedikit ujian barulah tersedar dan cuba untuk lebih mendekati Dia yg Esa. Mengambil dari citer my boss, baper minggu lepas dia tak baper sihat, jatuh, spinal cord (betul ke ejaan saya? sorry..) or lebih mudah tulang belakang dia problem, boleh menyebabkan paralysis.
Masa diambil untuk berehat digunakan untuk mendekatkan diri dgn alquran, dan buku untuk memotivatekan diri. and finally, alhamdulillahh…seperti seorang yg baru my boos tu. setiap bait kata berbunyi penyesalan…keinsafan. Alhamdulillahh…
pengajarannya; roda hidup kita sentiasa berputar. kadang di atas, kadang di bawah. mereka yg beringat akan sentiasa bersedia dan tenang2..walau dimana roda kita berada. namun bg kita yg mudahter leka….sekali terjatuh, terasa bagai langit nk runtuh!…
ops, rite now aku masih belum mengkhatamkan 1 buku ‘kisah para nabi’ bermula Adam A.S sehimgga junjungan kita Muhammad S.A.W….moga2 aku dapat khatamkan buku tu dulu ek…baru tukar ke buku lain…
October 31, 2011 - Posted by addenda2 - 0 Comments
Assalam,
menjengah kembali ke sini,
Terlalu-lalu banyaknya yang telah ditempuh kebelakangan ini. Hampir menumbangkan diri sendiri. Hampir? telah tumbang pun kalau diikutkan..1 day before raya fitrah tempohari. Tapi tumbang bersifat fizikal. pitam, pengsan. Tapi disebaliknya?…
Alhamdulillah….aku semakin tegak berdiri sebenarnya diasak dengan dugaan hidup.
Alhamdulillah gak…aku semakin menyedari kini di mana aku berada.
Alhamdulillahh..aku semakin mengerti tentang kehidupan yang telah aku lalui.
Terima kasih tuhan…terima kasih kerana menjatuhkan air mata aku untuk memberikan aku kenikmatan hidup yg sebenar.
banyak yg nak dikongsikan..aku percaya, kerana kebaikan untuk dinikmati bersama, mcm prinsip org MLM tu..kekayaan untuk dikongsi bersama katanya :p..
tapi kekayaan yg aku perolehi ni bersifat bukan sementara. insyaAllahh.
Yang penting sekarang aku semakin menikmati hidup, berazam ingin menjadi anak yg baik agar aku mampu pula untuk menjadi isteri dan ibu yg terbaik! insyaAllah
.
Bila sebut word ‘anak’ je rasa mcm sensitif lak…hehehe terus teringat mak abah n bonda mertua tercinta. abah n ayah dah takde. Bagaimana lah hari tua kedua2 ibunda aku tu ek… Ya Allahh..kau berikanlah mereka kesihatan yg baik agar mereka dapat terusan beribadah kepadamu…dapat mereka mnikmati keindahan hidup ini…dan yg penting dapatlah aku bersama-sama mereka menjejakkan kaki ke Baitullahmu kelak. Kau perkenankan lah yg Allah…..
Opss…baru nk feeling menaip, terpaksa berhenti. smone sedang menunggu untuk pergi menguruskan kereta kami yg eksiden tempohari….
insyaAllah….lain masa….jummpa lagi…
Salam..
April 19, 2011 - Posted by addenda2 - 0 Comments
salam,
untuk kesekian kalinya cuba mengupdate blog ini.
tajuk…macam “mari masuk dapur” je bunyinya
tapi sebenarnya hanya melangkah setapak je ke dapo. hehehe
belom sampai level pegang senduk kuali :p
ceritanya..semalam geram punya hal dengan seseorang membuatkan aku merewang kat alam maya ni. kemana?
pegi duk godek blog masak orang
amboihh2…..resepiiiiii…bukan main banyakkkkkkk
macam sedap jekkkkk…slurrppp
tu baru resepi
belom betol2 ada depan mata! :p
maka dengan cargasnya sempatlah mengopy paste beberapa resepi untuk disimpan dalam lappy nih hihihihi
yg penting copy paste dulu ye. masaknya bila tu lain citer. setakat ni mmg dah bayak resepi dikumpul. dari pastry, lak pauk kenduri (mcm nk buat kenduri sokmo je kan), nama masakan yg pelik2, dan memacam resepi air minuman..ha tu tadi kata baru selangkah ke dapo
belom lagi sepenuhnya yer….hehe
oke la. update sikit je kali ni…next issues akan ku sambung tentang resepi apa yg telah dicopy paste yer, dan…eh…dan tentang dapor baru kuuu
hik hik…lupa lak nk habaq…dah pasang kicen kabinet baru. yey yeyyyy…
next issues oke…
tadaaaa. salam.
December 21, 2010 - Posted by addenda2 - 0 Comments
assalamualaikum.
tajuk entry kali ni bukan bersifat kejatuhan, atau kesepian, atau undermotivated issue.
tapi hanya nk berkongsi sedikit rasa terkilan di hati
kita sebagai belia islam yang beringat dan hidup di arus kemodenan nih pasti kan selalu mengingati ttg dasar hidup kita – garis2 islam dalam kehidupan
alhamdulillah. fardhu ain kita cuba jaga sebaik mungkin. cuba laksanakan sebaiknya.
tapi sayang….segelintirnya hanya berusaha keras menunaikan yang nampak jelas…depan mata.
tapi disebaliknya…nilai2 diri yang tersepit sedikit dari dinilai secara lauran oleh org lain kite terlupakan.
simple….kerja. kerja is fardhu kifayah kita.
malahan…menaip blog time waktu bekerja ini kita telah dikelaskan kurang jujur dalam melaksanakan fardhu kifayah kita iaitu kerja.
tapi ramai kah yg perasan tentangnya?
bersembang dengan kawan sebelah?….ramai kah yg perasan kita dah curi sikit nilai fardu kifayah kita?
sedih. kerana terlalu menjaga yag haq, tapi kewajipan dan nilai dri sendiri pada org lain kita lupakan. malahan kita cemari sendiri……
belajarlah. belajar bagaimana kita nak mengimbangi apa yg telah diberikan pada kita dengan apa yg telah kita kurangkan dengan tanpa sengaja.
mungkin kita tak perasan. tapi sekeliling kita banyak mata2 yg memandang!….
biar kita di katakan kaya. itu satu doa. alhamdulillah. jangan sampai dikatakan miskin nilai hidup…sedangkan ilmu dan akal tak kan pernah menipu kita.
salam….
December 15, 2010 - Posted by addenda2 - 0 Comments
assalamualaikum…
lama sungguh tak update myblog nih
kenapa yea?
kesibukan sendiri ditambah dengan sedikit kemalasan dan sedikit rasa kurang sabar dengan kelembapan internet pada waktu memalam membuatkan saya juga jadi kurang bersemangat nmak update apa2.
well….
1. salam tahun baru maal hijrah yea. kalau ada salah silap pohon maaf..
2. lepas raya haritu…banyak event (keje) kene handle. hehe
3. kehilangan bapa mertua pada raya aidiladha haritu
4. si kecik yg 2 kali seriously tidak sihat…sampai kuar masuk wad. huhu
lagi apa yek nak update sini?…hhmmm… hehe nampaknya takat ini dulu….
tak berjaya lagi nk ingat apa yg patot nk diupdate….
salammm
August 11, 2010 - Posted by addenda2 - 0 Comments
Salam ramadhan..
hari pertama puasa, alhamdulillah. aku menikmatinya lagi.
tapi agak sedih…….teringat pada mereka yang telah tiada…especially abah ngan adik.
entah la…..rindu menjengah hati malam tadi.
teringat kat dorang ber2.
last year aku merasa berpuasa dgn abah.
kebetulan….sejak bermula puasa sehingga hampir raya aku berpuasa dgn abah.
abah duk putrajaya waktu tu. mak gi umrah pausa lepas.
jadi….boleh katakan hari2 aku jumpa abah..dan hampir tiap hari buka puasa dengannya. tengok apa dia makan. tanya apa dia nk makan. tapi tu la….abah mmg macam tu…sgt simple orangnya.
taun nih puasa…aku sambut biasa.
cume mungkin sbb abah baru je takde….jadi kenangan tu masih kuat dlm…
abah, akak rindu……al-Fatihah….